Apa sudah jadi dengan pasukan bola sepak Malaysia?Satu masa dahulu pasukan Malaysia merupakan salah satu pasukan bola sepak yang amat digeruni bukan sahaja di Asean tetapi di Asia.Malahan banyak pasukan handalan dunia berlumba- lumba untuk menentang pasukan Malaysia.Tetapi itu hanya cerita lama,sekarang prestasi pasukan Malaysia merundum jatuh malahan Malaysia sekarang berada dibelakang pasukan Thailand, Singapura, Vietnam serta beberapa buah negara lagi.Pihak pengurusan hanya pandai menabur janji tetapi apabila tewas pelbagai alasan yang diberikan.Pembangunan diperingkat kanak- kanak hanya indah khabar dari rupa.Siapa yang harus dipersalahkan dalam perkara ini?Adakah pihak pengurusan, badan induk FAM atau pemain?Masing- masing hanya pandai memberikan alasan serta menyalahkan antara satu sama lain umpama ' Bangau oh Bangau '.Kemana hilangnya semangat ' Malaysia Boleh ' dan ' Harimau Malaya ' yang selama ini diagung- agungkan oleh negara kita?Adakah dengan prestasi begini pasukan Malaysia layak untuk beraksi di dalam temasya Sukan Olimpik dan juga Piala Dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments:
bola sepak Malaysia takkan maju sekiranya tiada perubahan dalam diri....
menarik.tahniah
good sir, minat bola ia, anyway good luck
Bagi peminat bolasepak tanahair, blog ini merupakan satu luahan dan komen tentang keadaan bolasepak negara yang sejak beberapa lama telah menampakkan pencapaian yang cukup memilukan.
Saya tertarik dengan pandangan, gambar dan berita tentang bolasepak tanahair.
Untuk menambahbaikkan blog ini, cadangan-cadangan bernas daripada seorang guru sukan akan meningkatkan lagi keberkesanan blog ini.
Tahniah!
Post a Comment