Monday, March 26, 2007

Malaysia Menjadi Tuan Rumah Piala Remaja Dunia Malaysia 2007


Malaysia buat julung- julung kalinya akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan Piala Kejuaraan Remaja Dunia Malaysia yang akan berlangsung pada 5 hingga 19 Ogos 2007.Kejohanan itu yang akan disertai oleh 16 pasukan dari kelab - kelab yang terkenal seperti Ajax Amsterdam, AC Milan, Arsenal FC, Barcelona FC, Chelsea FC serta banyak lagi.Kejohanan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perlancongan ini antaranya bertujuan untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia.Empat kumpulan yang mengandungi 4 pasukan akan bermain secara liga di 4 stadium iaitu Alor Star, Kuantan, Melaka dan Kuching dan perlawanan akhir akan dijalankan di Kuala Lumpur.Diharap agar dengan kejohanan seperti ini, pasukan remaja Malaysia akan dapat menimba pengalaman dan bersemangat semasa beraksi di dalam kejohanan ini.

Hilang Tiada Ganti


Kata pepatah,yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti.Adakah kegemilangan bola sepak Malaysia akan kembali semula?Dimanakah kita hendak mencari ganti pemain - pemain yang sehebat Allahyarham Mokhtar Dahari, mendiang David Arumugum,Ghani Minhat serta ramai lagi pemain- pemain seangkatannya.Yang hampir hanyalah Akmal Rizal yang berjaya bermain di Divisyen 2 liga Perancis.Sedangkan yang lain hanya mampu bermain di liga tempatan.Adakah tiada langkah yang diambil untuk menghantar pemain yang berbakat untuk bermain di liga luar negara ataupun pemain kita yang tidak tahan dengan corak latihan yang dijalankan oleh jurulatih luar negara.Adakah kita mengharapkan tawaran tanpa usaha untuk membuktikan bahawa pemain negara kita lebih hebat.Dalam perkara ini, pemain kita tidak seharusnya berasa segan atau malu untuk beraksi di luar negara walaupun di Singapura.Kita seharusnya berasa malu dan segan dengan negara- negara yang kurang kemudahan frasarana tetapi membuktikan bahawa mereka mampu untuk menewaskan mana- mana pasukan seperti Iraq.Jika sikap ini yang terus diamalkan oleh FAM serta pemain - pemain Malaysia,nampaknya harapan untuk melihat pemain seperti Allahyarham Mokhtar Dahari semakin pudar.

Apa Sudah Jadi Dengan Pasukan Bola Sepak Kita?


Apa sudah jadi dengan pasukan bola sepak Malaysia?Satu masa dahulu pasukan Malaysia merupakan salah satu pasukan bola sepak yang amat digeruni bukan sahaja di Asean tetapi di Asia.Malahan banyak pasukan handalan dunia berlumba- lumba untuk menentang pasukan Malaysia.Tetapi itu hanya cerita lama,sekarang prestasi pasukan Malaysia merundum jatuh malahan Malaysia sekarang berada dibelakang pasukan Thailand, Singapura, Vietnam serta beberapa buah negara lagi.Pihak pengurusan hanya pandai menabur janji tetapi apabila tewas pelbagai alasan yang diberikan.Pembangunan diperingkat kanak- kanak hanya indah khabar dari rupa.Siapa yang harus dipersalahkan dalam perkara ini?Adakah pihak pengurusan, badan induk FAM atau pemain?Masing- masing hanya pandai memberikan alasan serta menyalahkan antara satu sama lain umpama ' Bangau oh Bangau '.Kemana hilangnya semangat ' Malaysia Boleh ' dan ' Harimau Malaya ' yang selama ini diagung- agungkan oleh negara kita?Adakah dengan prestasi begini pasukan Malaysia layak untuk beraksi di dalam temasya Sukan Olimpik dan juga Piala Dunia.